• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kemudahan Sosial KKLW Dimulakan Februari

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Projek pembangunan melibatkan kemudahan sosial di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk tahun ini akan dimulakan selewat-lewatnya Februari ini, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata projek-projek tersebut yang dikenal pasti tahun lepas melibatkan antaranya projek berskala kecil seperti pembinaan jalan di kawasan kampung dan baik pulih rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin.

Ismail Sabri berkata projek jangka pendek itu akan melibatkan kira-kira 30 peratus atau RM1.049 bilion daripada RM3.87 bilion peruntukan pembangunan yang diterima kementerian itu tahun ini.

“Projek-projek ini harus segera disiapkan dalam tempoh suku pertama tahun ini yang membolehkan impak projek tersebut dirasai oleh rakyat,” katanya kepada media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu kepada warga KKLW, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kementerian juga akan meneruskan pelaksanaan kursus-kursus kemahiran yang dikendalikan agensinya untuk golongan sasaran yang ingin menambah pendapatan.

“Sebagaimana yang kita buat pada tahun lepas seperti kursus menjahit dan membuat kek, selepas selesai kursus itu dianjurkan, peserta akan diberikan peralatan seperti mesin jahit dan oven.

“Menerusi kajian yang kementerian lakukan, 50 peratus daripada peserta telah menggunakan peralatan tersebut untuk memulakan perniagaan dengan pendapatan antara RM1,000 dan RM4,000 sebulan,” katanya.

Ismail Sabri berkata projek jangka sederhana dan yang melibatkan kos besar pula akan diteruskan seperti yang dirancang oleh kementerian.

Beliau berharap kementeriannya terus mempamerkan kecemerlangan pada tahun ini dalam pelaksanaan program dan projek untuk rakyat sebagaimana pencapaian yang ditunjukkan pada tahun lepas.

“Pada tahun lepas, prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan KKLW adalah 99 peratus, iaitu RM5.632 bilion daripada RM5.673 bilion yang diperuntukkan dengan pencapaian pelaksanaan program-program yang dirancang telah melebihi 100 peratus daripada sasaran yang ditetapkan,” katanya.​​​​​​​

Ismail Sabri dalam pada itu turut mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun media sosial beliau pada 11 Jan lalu berkenaan 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah yang layak belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 untuk tiga bulan.

“Saya telah berhubung dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, dan kementerian akan turun bersama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah serta ketua-ketua kampung untuk membantu mereka melakukan pendaftaran tersebut,” katanya.

Katanya antara sebab kebanyakan pekebun kecil dan penoreh getah belum memohon bantuan terbabit ialah jarak yang jauh dari bandar untuk membuat pendaftaran dan tidak mempunyai akaun bank. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CDM Sukan Asia Tidak Kompromi Isu Disiplin Atlet

Next Post

Kedutaan Argentina Mohon Bantu Kesan Budak Diculik

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Kedutaan Argentina Mohon Bantu Kesan Budak Diculik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd