• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potensi Permainan Digital Sebagai Kerjaya Dipromosi

oleh AK-47
21/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri permainan digital, yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai pekerjaan lumayan pada masa depan, bakal dipromosikan dengan bermula di peringkat sekolah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang yang boleh direbut di dalam industri itu.

“Selama ini, permainan digital dilihat sebagai bentuk hiburan dan permainan semata-mata, namun ia sebenarnya boleh menjana ekonomi negara dan memberi peluang pekerjaan yang cukup besar pada masa depan.

“MDEC akan menyelaraskan untuk memberi penerangan di sekolah-sekolah tentang kerjaya dalam bidang ini terutamanya sebagai pembangun dan pencipta permainan digital… ini adalah peluang besar untuk Malaysia melibatkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan rasmi ke Level Up Inc, sebuah inkubator permainan elit bagi menyokong industri permainan digital di Malaysia.

Salleh berkata pasaran industri permainan digital amat besar di peringkat dunia yang boleh direbut oleh anak-anak muda tempatan.

“Anak muda di negara ini mempunyai kebolehan besar dalam bidang permainan digital yang boleh dibanggakan, malah ada yang telah berjaya di peringkat antarabangsa dengan mencipta permainan digital terkenal.

“Mereka sangat kreatif dan punya kualiti kerja setaraf dengan mereka yang terlibat dalam permainan digital di negara lain… maka, kita akan terus bantu memberi sokongan agar industri ini akan terus berkembang lebih pesat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan membantu mengenal pasti platform sesuai untuk memasarkan hasil-hasil ciptaan pembangun permainan digital tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmi Mahmood berkata perbadanan itu berjaya mewujudkan sebanyak 54 syarikat permainan digital tempatan yang dipelopori golongan belia, sejak tiga tahun lepas.

“Dalam tempoh itu, mereka sudah berjaya menjana pendapatan lebih dari RM500 juta… kita harap kerajaan akan terus memberikan bantuan supaya mereka dapat menggunakan bakat untuk dikomersilkan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Kita kena tengok bidang permainan digital ini sebagai kerjaya masa depan, kita tidak boleh fokus hanya kepada pekerjaan tradisional semata-mata kerana pekerjaan masa depan akan memberi pulangan yang cukup lumayan buat anak muda dan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd