• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Kes Lepaskan Tembakan Di Tempat Awam

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai melepaskan satu das tembakan di tempat awam dalam kejadian di Jalan Telok Bunut, Banting awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata kejadian dipercayai berlaku dalam satu pergelutan melibatkan seorang pemilik bengkel lori, Tew Kim Chai, 60 dan suspek.

“Dalam kejadian 2.40 pagi itu, mangsa sedang membuka pintu keretanya setelah selesai minum bersama seorang rakan di sebuah kedai di Banting sebelum didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam keretanya yang diletak berhampiran kereta mangsa.

“Mangsa bagaimanapun melawan dan akibatnya berlaku pergelutan sebelum suspek melepaskan satu tembakan ke arah jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya bunyi tembakan itu menyebabkan rakan mangsa yang berada di dalam kedai berkenaan keluar dan mendekati kereta mangsa menyebabkan suspek melarikan diri menaiki keretanya.

Motif kejadian sedang disiasat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya yang menambah kes disiasat menurut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd