• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sarjan Faiz’ Larikan Remaja 16 Tahun Diberkas

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Lelaki yang menyamar sebagai anggota polis semasa melarikan remaja berusia 16 tahun di Sungai Ruan, Raub pada 27 Disember lepas, berjaya ditahan di hadapan sebuah hotel di Ipoh, Perak awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nanyan berkata suspek berusia 32 tahun yang beralamat di Taman Bukit Indah, Bentong itu ditahan pada pukul 2.05 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

“Pihak polis turut merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru palsu, dua buah telefon bimbit, sebuah kereta jenis Proton Satria dan wang tunai berjumlah RM100 daripada suspek tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek ada tujuh kes di Pahang, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur membabitkan kesalahan tipu, cabul, curi, menyamar penjawat awam dan rogol,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Namun Othman menambah ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif dan kini direman hingga Selasa depan. Kes itu tular di media sosial apabila netizen digemparkan dengan suspek yang menyamar sebagai Sarjan Faiz.

Pada 27 Disember lepas, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa anaknya, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi dilarikan anggota polis bernama ‘Sarjan Faiz’ yang dikatakan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

Baca: Remaja Dilarikan Polis Palsu Ditemui Selamat

Lelaki tersebut meminta izin untuk membantu anaknya membawa pulang sebuah motosikal yang baharu dibeli. Wan Maziah Wan Mat, 37, kemudian melihat mangsa menaiki kereta dipandu oleh suspek berkenaan.

Bagaimanapun pada pukul 3 petang hari sama, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya memberitahu berada di Gua Musang, Kelantan dan memintanya untuk tidak bimbang kerana akan pulang tidak lama lagi.

Mangsa pulang ke Raub pada 29 Disember lalu, dengan menaiki bas setelah suspek bertindak menghantarnya ke stesen bas Pekeliling, Kuala Lumpur sebelum itu, kata Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada anggota polis bernama Faiz di balai itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. – BERNAMA

Tags: kes culikSarjan Faiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Sedia Kongsi Pengalaman Deradikalisasi

Next Post

Institusi Agama Juga Perlu Tangani Ekstremisme

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

Next Post

Institusi Agama Juga Perlu Tangani Ekstremisme

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd