Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Pelancong Hong Kong Kempunan...

KISAH ini terjadi pada seorang pelancong Hong Kong, Stomper Ho yang teringin untuk...

Siasat Menyeluruh, Haramkan Aktiviti...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh ke atas...

Yang Memalukan Ialah Zakir...

Petikan: FB Yuktes VijayJUMLAH orang Hindu yang keluar daripada agama Hindu dan masuk...

AS Gesa Rusia Berundur...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa Rusia berundur dari kawasan sempadan dengan Ukraine, serta...

PNB Agih Sijil ADAM50 Di 30 Lokasi Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Sejak tengah malam tadi, sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) mula diberikan kepada bayi yang dilahirkan di 30 lokasi di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman berkata ADAM50 melibatkan dua tabung iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

“Ibu bapa atau penjaga boleh membuat pelaburan tambahan ke dalam ASB bagi bayi Bumiputera hingga 200,000 unit dan akaun AS1M bagi bayi bukan Bumiputera hingga 50,000 unit,” katanya.

Beliau ditemui ketika menyampaikan sijil berkenaan kepada lapan bayi yang dilahirkan bermula 12.54 pagi hingga 12 tengah hari di Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HBKL) di sini.

Beliau berkata pelaburan boleh dibuat melalui cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) seluruh negara, portal myASNB di www.myasnb.com.my, ejen ASNB seperti Maybank dan CIMB Bank serta perbankan dalam talian seperti Maybank2u dan CIMB Clicks.

Skim ADAM50 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt tahun lepas bagi menjamin masa depan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Melalui skim itu, 200 unit insentif akan diberikan kepada setiap bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2022 melalui unit Amanah Saham di PNB.

Abdul Rahman Ahmad berkata pihaknya amat berharap ibu bapa atau penjaga dapat memanfaatkan ADAM50 yang diberikan kerajaan dengan kerjasama PNB ini.


Bagaimanapun 200 unit insentif skim itu serta semua dividen yang diperoleh bagi jumlah permulaan hanya boleh dikeluarkan selepas usia anak mencapai 18 tahun.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar sebelum ini berkata anggaran kos keseluruhan ADAM50 selama lima tahun (2018-2022) adalah RM560 juta dan akan memanfaatkan kira-kira 2.8 juta bayi Malaysia.

Sementara itu, seorang ibu kepada bayi yang menerima sijil itu, Siti Norain Rasid, 25, berkata beliau tidak menyangka akan menerima sumbangan tersebut hari ini dan menganggap ia merupakan rezeki anak pertamanya.

“Saya berharap dengan adanya ADAM50 ini ia dapat membantu anak saya untuk menabung sejak kecil sebagai persediaan pada masa hadapan,” katanya yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6kg pada 12.54 pagi tadi di HBKL. – BERNAMA

Kategori