• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Selamat Tiba Di Tanah Air

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selamat tiba di tanah air dari lawatan kerja ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu, atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Sementara itu, dalam catatan di blog NajibRazak.com, Najib berkata, beliau bersyukur kerana lawatannya ke Arab Saudi kali ini mencapai matlamat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

Katanya, persaudaraan antara Malaysia dengan Arab Saudi telah terjalin lama, tetapi bertambah akrab dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama yang dikunjungi baginda di Asia.

“Hasil kunjungan itu juga, kita telah menerima banyak manfaat sama ada dalam pendidikan, perniagaan, pelaburan dan juga keagamaan.

“Pada masa sama, saya juga telah dijemput oleh Baginda Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT juga, minggu ini saya berpeluang memenuhi jemputan itu, selain berkesempatan mengerjakan umrah bersama bonda Tun Rahah Mohd Noah serta keluarga tercinta,” katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan dua hala beliau bersama Raja Salman, antara yang dibincangkan adalah perkara seperti yang telah dipersetujui dalam kunjungan terdahulu baginda ke Malaysia.

Ia membabitkan kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadat haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

“Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman atas layanan cukup istimewa dan memberikan taraf Tetamu Negara kepada saya dan rombongan.

“Kami diberi penghormatan berkunjung ke makam Rasulullah SAW dan saya juga berpeluang memasuki Kaabah. Syukur Alhamdulillah.

“Semoga hubungan persaudaraan ini akan terus terjalin erat dan bertambah kukuh lagi di masa hadapan, Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut memuat naik status terbaharu menerusi akaun Twitter.

Katanya, cuaca di Malaysia dingin seperti di Jeddah.

“Wah..sejuk betul cuaca Malaysia hari ini, macam di Jeddah! Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air,” katanya.

Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius, manakala cuaca sejuk dan lembap melanda utara negara dipercayai akibat tempias daripada luruan angin sejuk akibat tekanan tinggi di kawasan China.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab SaudiDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd