• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Curi Tumpuan Pada Majlis Bantuan Beg Sekolah

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik perhatian ramai apabila namanya dipanggil ke pentas untuk menerima bantuan persekolahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, perdana menteri sendiri tergelak besar selepas nama murid itu, Mohd Najib Razak Jefree, 8, dari Taman Selasih, Paloh Hinai disebut bagi menerima bantuan berkenaan.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut beramah mesra dengan Mohd Najib, yang ditemani ibunya, Siti Norfaizah Sh Harun, 40, semasa menyampaikan bantuan itu di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah,

Mohd Najib ternyata gembira ketika ditanya perasaannya selepas menerima baju, beg dan kasut sekolah baharu daripada perdana menteri yang mempunyai nama yang sama sepertinya .

“Seronok dapat jumpa…perdana menteri baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Siti Norfaizah pula berkata nama Mohd Najib diberikan oleh suaminya, Jefree Wahab, 49, kerana kagum dan bangga dengan kepimpinan perdana menteri.

“Suami cakap, nama Mohd Najib itu adalah kenangan untuknya. Malah, saya sendiri tidak tahu suami beri nama anak Mohd Najib Razak sehingga tiga minggu selepas melahirkannya (Mohd Najib).

“Walaupun terkejut tetapi saya tetap gembira dan berharap dia menjadi anak yang berguna untuk bangsa dan negara,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai, selalu bercerita tentang dirinya menjadi usikan ramai.

“Memang kerap orang tanya dia hal kerajaan dan selalu juga dia bertanya tentang apa BR1M dan sebagainya. Saya menerangkan kepadanya serba sedikit dan dia tidak kisah atau ambil hati.

“Malah, kawan-kawannya di sekolah turut mengusik apabila ada rakan di sekolahnya bernama Rosmah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakmurid sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd