• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persija Jakarta Waspada Ancaman Kelantan, Ratchaburi

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara 10 kali Liga Indonesia, Persija Jakarta mahu lebih waspada selepas menyedari ancaman yang bakal diterima daripada pasukan Kelantan dan Ratchaburi FC dari Thailand, dalam saingan Piala Super Boost Sportsfix bermula 13 hingga 20 Januari ini.

Pengarah pasukan, Gede Widiade berkata kelab kendalian jurulatih kelahiran Brazil, Stefano Cugurra, itu tidak boleh memandang rendah kemampuan kedua-dua pasukan tersebut, yang mempunyai reputasi yang baik apabila kejohanan tiga penjuru itu membuka tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

“Piala Super Boost Sportsfix merupakan kejohanan yang penting untuk kami dalam melihat tahap persediaan menjelang musim baharu di Indonesia iaitu Liga 1 serta menguji kekuatan pasukan dari negara lain bagi saingan Piala AFC 2018.

“Bermain dengan dua pasukan yang belum pernah kami lawan sebelum ini ditambah dengan venue baharu. Jadi kami akan lebih berwaspada dan memberi tumpuan satu perlawanan demi satu perlawanan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan penganjur kejohanan, Total Sports Asia, hari ini.

Pasukan yang menerima jolokan Macan Kemayoran (Harimau Kemayoran) yang berada dalam proses untuk penstrukturan semula selepas pelantikan Cugurra, mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa kelab di Thailand selama tujuh tahun, termasuk Chiangrai United, Osotspa Samur Prakan dan Royal Thai Navy.

Persija yang merupakan pasukan tunggal dalam saingan liga domestik Indonesia yang belum pernah tersingkir ke liga bawahan dalam tempoh 80 tahun, dibarisi pemain kebangsaan seperti Ramdhani Lestaluhu dan Ismed Sofyan serta pemain pertahanan dari Brazil, Jaimerson dan penyerang dari Croatia, Marko Simic.

Marko bakal bergandingan dengan bekas pemain kebangsaan Indonesia, Bambang Pamungkas, yang turut menggalas tugas selaku naib kapten pasukan Persija, menjadikan kelab itu sebagai pasukan pilihan.

“Kami menandatangani kointrak dengan tujuh pemain untuk mengharungi musim baharu dan akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Jakarta untuk memastikan para pemain bersedia untuk beraksi di kejohanan ini.

“Saya percaya kami akan beraksi secara kompetitif di Piala Super Boost Sportsfix kerana boleh dikatakan mereka sudah 95 peratus bersedia,” katanya.

Pada aksi pembukaan, Persija akan bertemu Ratchaburi FC pada 13 Januari, sebelum melawan Kelantan pada 16 Januari dan diikuti perlawanan di antara Kelantan dan Ratchaburi FC pada 20 Januari.

Kesemua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. – BERNAMA

Tags: Gede Widiade
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd