Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Nama Calon KPN Baharu...

MUAR - Nama calon Ketua Polis Negara yang baharu sudah diserahkan kepada Perdana...

Elizabeth Tan Ada Bukti...

TIDAK dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik...

OMG.. Gadis Mengaku Tak...

BAGAI tidak serik, Wak Doyok sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila sengaja memuat naik gambar...

Dari Gadis Bikini Kepada...

TRAGEDI berdarah di Perancis pada minggu lalu membabitkan serangan ke atas pejabat majalah Charlie...

Perhilitan Rampas 101 Ekor Burung Murai Batu

ALOR SETAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas 101 ekor burung murai batu yang cuba diseludup masuk ke negara ini di laluan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Pengarahnya, Inche Ali@Muhammad Ali Che Aman berkata kesemua burung murai batu dianggarkan bernilai RM100,000 itu dirampas kira-kira 12.50 tengah hari, pada kotak kertas disembunyikan dalam teksi milik lelaki berusia 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan bersama Kastam Diraja Malaysia negeri menjumpai semua burung murai batu tersebut dalam kotak kertas disembunyikan di bawah alas kaki di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang teksi jenis Nissan.

“Hasil siasatan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pemilikan secara sah daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan burung-burung murai batu itu yang merupakan spesies terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata selepas mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah, kesemua burung murai batu tersebut akan dilepaskan semula ke habitat asal.


Kes disiasat di bawah Seksyen 60(2) yang boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Kategori