• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perbetul Perlembagaan Persekutuan Ikut Keperluan’

oleh
19/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengesyor­kan agar beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat dahulu dapat diperbetulkan supaya mengikut keperluan semasa.

Baginda bertitah, Perlembagaan Persekutuan yang mula dikuatkuasakan sejak 1957 dengan berpaksikan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan terus menjadi sandaran kepada pemerintahan negara.

“Jika ada pindaan yang dibuat dahulu memberi kesan tidak baik pada hari ini, saya syorkan agar perkara ini diperbetul supaya dapat menjamin kedaulatan undang-undang terus dipelihara,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah semasa merasmikan Kompleks Mahkamah Muar semalam. Keberangkatan baginda diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sultan Ibrahim bertitah, bagi memastikan kestabilan negara terus kekal, sistem pengasing­an kuasa antara tiga komponen utama kerajaan iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman mesti dipelihara.

“Tiga komponen utama itu mestilah bebas, berhak untuk membuat keputusan terhadap bidang kuasa masing-masing dan tiada pihak yang memegang semua kuasa secara mutlak.

“Jika kuasa tadbir, menggubal undang-undang dan menghakimi pertikaian terletak atas seseorang atau satu institusi sahaja, maka akan menggalakkan pemerintahan autokratik yang tiada periksa dan seimbang,” titah baginda.

Titah baginda, hakim dan pegawai badan kehakiman adalah bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak biarpun mereka bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat berada dalam keadaan aman dan makmur.

“Raja juga tertakluk kepada undang-undang dan tidak boleh campur proses kehakiman. Saya percaya semua hakim berani buat keputusan adil dan saksama serta bertanggungjawab demi untuk menegak keadilan.

“Malahan, saya juga percaya semua hakim bertindak sebaik mungkin serta tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi mahu pun politik,” titah baginda lagi.

Baginda turut menasihatkan masyarakat untuk bersama-sama menghormati dan memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman dengan tidak membuat tuduhan melulu atau tidak berasas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd