• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbelanjaan Keluarga PM Ke Saudi Ditanggung Sendiri

oleh
10/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALU melihat lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi, ‘askar maya’ pembangkang terpaksa sebar fitnah melibatkan isu status rombongan keluarga beliau pula.

Terbaharu, ‘jentera siber’ Pakatan Harapan itu dikesan membuat tohmahan jahat konon rombongan ahli keluarga Najib menyalahgunakan kemudahan dan bajet kerajaan untuk ‘tumpang’ menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Mereka juga mendakwa delegasi ‘tambahan’ itu tidak layak diberi keistimewaan di Arab Saudi kerana bukan bertaraf Tetamu Negara dan cuba mengambil kesempatan menerusi lawatan rasmi perdana menteri buat kali kedua di sana.

Hakikatnya ia bukan sahaja berniat jahat, malah mendedahkan ‘belang’ sebenar pembangkang yang aib besar kerana sebelum ini mempertikaikan sumbangan peribadi kerabat diraja Arab Saudi kepada Najib yang tular dua tahun lalu.

Mereka bukan sahaja biadab hina Raja Salman Abdulaziz Al-Saud termasuk ketika himpunan haram Bersih, bahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengelarkan baginda sebagai Tok Arab ‘Bodoh Gila’ kerana isu derma RM2 bilion itu.

Ironi jika benar Najib sengaja membuat cerita palsu tersebut, tidak mungkin beliau dapat melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi pada 2016, waima Raja Salman turut berkenan membalas dengan melawat pula Malaysia tahun lalu.

Baca: Najib, Keluarga Masuk Ziarah Makam Rasulullah SAW

Justeru, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan isu status anggota rombongan keluarga Najib yang sebenarnya juga menikmati taraf sebagai Tetamu Negara diberikan pihak kerajaan Arab Saudi.

Untuk rekod dari segi protokol rasmi, menerusi status tetamu istimewa tersebut, segala kos perbelanjaan delegasi tersebut sepanjang berada di negara Asia Barat itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi sendiri.

Justeru tidak timbul isu ‘duit rakyat’ Malaysia khasnya pembayar cukai dibazirkan untuk membiayai bajet lawatan perdana menteri, sekali gus membuktikan netizen pembangkang sudah ketandusan isu bagi dijadikan modal.

Berikut ialah kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri mengenai isu lawatan kerja Najib ke Arab Saudi ketika ini yang dikeluarkan di Putrajaya pada hari ini:

PMO MALAYSIA

10 JANUARI 2018

Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir, Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini.

Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci.

Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.

YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pejabat Perdana Menteri.

Tags: Arab SaudiRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd