• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraturan Mudah Bangun Semula Perumahan Awam

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan merancang memperkenal peraturan baharu bagi memudahkan urusan pembangunan semula kawasan perumahan awam berusia lebih 25 tahun serta melindungi hak penduduk asalnya, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

“Selain menjamin hak penduduk asal, peraturan itu juga membolehkan kawasan dibangunkan tanpa halangan serta pembangunannya akan menjadi lebih tersusun dan sistematik berbanding projek perumahan awam sedia ada.

“Peraturan ini penting bagi mengelak kejadian pihak tertentu menghasut penduduk asal menghalang pembangunan semula kawasan mereka,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Perbandaran Negara 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menjadikan Residensi Kerinchi sebagai contoh, Noh berkata pembangunan semula tapak rumah pangsa Kampung Kerinchi dengan konsep kediaman moden bersepadu setinggi 18 tingkat itu membuka mata banyak pihak walaupun pada awalnya ditentang segelintir penduduk akibat dihasut pihak tertentu atas kepentingan politik.

Katanya projek kendalian Kementerian Wilayah Persekutuan yang siap sepenuhnya pada Oktober 2016 itu ternyata membawa faedah khususnya penduduk asal yang diberikan keutamaan menduduki perumahan tersebut.

“Kita tidak mahu jadi seperti projek Datum Jelatek yang dibuat kerajaan Selangor di mana mereka merobohkan rumah lama dengan menggantikannya dengan kondominium cantik tetapi pada akhirnya penduduk asal tidak hanya diberi pampasan, malah tidak mampu membeli rumah tersebut kerana satu unit berkeluasan 600 kaki persegi dijual pada harga RM500,000 ke atas,” katanya.

Noh berkata peraturan baharu itu dipertimbang untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada kandungan dalam Akta Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara yang sedang digubal.

Pembangunan semula terhadap perumahan awam yang uzur wajar dilakukan kerana ciri-ciri baharu seperti ruang bilik lebih banyak, kemudahan parkir mencukupi serta kawasan rekreasi perlu diwujudkan seiring dengan perubahan semasa, katanya.

Mengenai konvensyen tersebut, Noh berkata sebanyak 79 resolusi dan 29 strategi terhasil menerusi lapan bengkel diadakan yang kesemuanya menjurus kepada memantapkan kesejahteraan rakyat di kawasan bandar.

Resolusi itu akan dibawa untuk perhatian Kabinet selain akan turut dibincangkan pada Forum Bandar Dunia yang akan berlangsung di ibu negara bulan depan, katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd