• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Tuntut Stadium Shah Alam Venue Rasmi

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan Stadium Shah Alam sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Jurucakap Badan Bertindak Penyokong Selangor, Mohd Firdaus Abdul Mutalib, berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai mangsa kemelut politik yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) apabila tidak dapat menyaksikan pasukan kegemaran mereka bermain di gelanggang yang cukup sinonim sejak sekian lama itu.

“Jangan campur adukkan isu politik dengan bola sepak. Jika Stadium Shah Alam wujud untuk kegunaan rakyat, kenapa kerajaan negeri yang kononnya melaungkan kerajaan peduli rakyat menafikan hak kami dan skuad The Red Giants.

“Kami mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan hal ini dan mengapa dua pasukan lain iaitu PKNS FC dan FELCRA pula dibenar beraksi di Stadium Shah Alam,” katanya pada sidang media yang dihadiri lebih 50 wakil daripada 14 kelab penyokong The Red Giants, di sini, hari ini.

Beliau berkata disebabkan penafian hak beraksi The Red Giants di stadium keramat itu masih berlarutan, pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada Mohamed Azmin dalam masa terdekat bagi menggesa kerajaan negeri menjawab tuntutan penyokong pasukan bola sepak tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi penyokong The Red Giants, Mohammad Anif Rana Manzoor turut sependapat dengan Mohd Firdaus dan menegaskan mereka akan terus berusaha mendapatkan kembali hak pasukan tersebut untuk menjadikan Stadium Shah Alam sebagai venue rasmi.

Katanya, sungguhpun Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menawarkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, sebagai venue rasmi, namun Mohamed Azmin harus memberi jawapan paling konkrit punca sebenar The Red Giants tidak dibenarkan beraksi di Stadium Shah Alam.

“FAS telah tiga kali memohon supaya Stadium Shah Alam menjadi venue rasmi tapi kerajaan negeri tetap tak beri kebenaran. Sekiranya tiada kata putus, kami merancang untuk membawa isu ini ke Istana Selangor,” katanya.

Bagi Mohd Faizal Wahid pula, Stadium Shah Alam merupakan lambang kebanggaan pasukan Selangor dan kerajaan negeri serta FAS disaran segera berbincang seterusnya membuat keputusan yang memberi manfaat kepada penyokong dan semua pihak.

Beliau berkata perbezaan fahaman politik harus diketepikan kerana sukan merupakan medium penyatuan rakyat maka kerajaan negeri serta FAS mesti mengambil pendekatan yang paling bernas dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Kemelut pasukan The Red Giants menjadi hangat apabila skuad pimpinan jurulatih P. Maniam itu gagal mendapatkan gelanggang rasmi untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini apabila tidak dibenar beraksi di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue rasmi. – BERNAMA

Tags: Stadium Shah Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

06/02/2024
0

SHAH ALAM : Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka akan selesai pada pertengahan tahun hadapan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang Berdepan Detik Cemas

Stadium Shah Alam Tetap Diroboh Tahun Ini

01/10/2023
0

SHAH ALAM: Stadium ikonik Selangor, Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan kira-kira 80,300 penonton itu tetap akan dirobohkan pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd