Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Terlalu Awal Kait Kematian...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat...

Kecewa Muhyiddin Gagal Ganti...

SESUATU cuba disorok media propembangkang yang konon mendakwa mengamalkan kebebasan bersuara apabila tidak...

Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor...

Salleh Nasihat Tun M...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Penyokong Tolak Mahathir PM Ke-8 Tiada Disiplin?

PASRAH… Pemuda Pakatan Harapan mahu seluruh ahli dan penyokong gabungan parti pembangkang itu tidak mempersoalkan keputusan Pakatan Harapan mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8.

Pemuda Pakatan Harapan dalam satu kenyataan media berkata, seluruh ahli penyokong Pakatan Harapan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP perlu berdisiplin dan menerima keputusan itu.

“Setiap parti melahirkan pandangan sebelum muafakat ini dicapai. Pandangan itu hak setiap individu. Tetapi dengan tercapai muafakat ini, kita harus ada disiplin untuk mengenepikan pandangan peribadi,” tegas kenyataan itu hari ini.

Pakatan Harapan dalam konvensyennya di Selangor baru-baru ini mengumumkan akan mengembalikan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya merampas pemerintahan negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu bagaimanapun dibantah akar umbi Pakatan Harapan khususnya PKR dan PAN kerana mengkhianti perjuangan mereka yang selama ini berdepan perit getir menentang kezaliman dan kleptokrasi bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membidas dengan mempersoalkan mengapa pucuk pimpinan Pakatan Harapan kini menyanjung tinggi Mahathir yang merupakan punca kepada segala masalah negara.

Mahathir yang kini berusia 92 tahun, mengisytiharkan keluar UMNO pada 26 Februari 2016 gara-gara kecewa kepentingan peribadi dan kroninya tidak dipenuhi UMNO dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN).


Sejak itu Pakatan Harapan mengambil kesempatan mempergunakan Mahathir untuk menyerang UMNO dan menarik kaum Melayu menyokong pembangkang termasuk DAP yang memperjuangkan agenda Malaysia sebuah sekular dan liberal sepenuhnya.

Mahathir demi melunaskan dendamnya ke atas UMNO kemudian mengumumkan parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai gabungan parti pembangkang itu pada 20 Mac 2017.

Dalam tempoh yang singkat dalam Pakatan Harapan, Mahathir yang memiliki kekuatan kewangan berjaya mempengaruhi seluruh pucuk pimpinan Pakatan Harapan kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara supaya melantiknya menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Mahathir seterusnya berjaya melobi hampir keseluruhan pucuk pimpinan Pakatan Harapan supaya melantiknya sebagai calon Perdana Menteri ke-8 pembangkang dengan alasan ia cuma untuk sementara sehingga tarikh yang belum ditetapkan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori