• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pening… Cikgu Tiba-Tiba Amuk Dalam Mesyuarat

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR menerusi media sosial apabila seorang guru berbangsa Cina telah mengamuk secara tiba-tiba di dalam mesyuarat di sebuah sekolah tempatan.

Mengikut maklumat yang dikongsikan oleh netizen, guru berkenaan mengalami sakit mental dan merupakan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Chio Min, Kulim, Kedah.

Ketika mesyuarat itu dijalankan, seorang guru berpangkat atasan sedang menerangkan sistem pembelajaran yang perlu dipraktikkan oleh setiap guru bagi tahun 2018 ini.

Secara tiba-tiba, guru berkenaan yang dikenali sebagai Tan Hong Lian telah mengamuk dan mengeluarkan ayat kesat tetapi tidak diketahui ditujukan kepada siapa.

“I sudah bayar RM70. Melayu punya English low! Semua diam ya semua diam! Semua duduk diam!

“I ada hak untuk menyampuk and you shut up okay! English saya sangat bagus kerana saya seorang guru,” katanya sambil menjerit sehinga kata-katanya itu tidak difahami oleh guru-guru yang lain.

Dia juga telah menyampuk ketika pengumuman sedang dilakukan oleh guru lain yang berkemungkinan berpangkat guru penolong kanan sehingga menaikkan kemarahan salah seorang guru lelaki di situ.

Malangnya, guru lelaki berkenaan turut dimarahinya sehingga membuatkan dia bertambah berang.

Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, guru penolong kanan yang sedang membuat pengumumam itu telah memarahi Hong Lian serta menyuruh supaya dia segera duduk.

“Mohon jangan ganggu mesyuarat ya Madam Hong. You dah melampau sangat mengganggu mesyuarat,” katanya dengan nada tegas.

Guru-guru yang lain dilihat seperti tidak mengendahkan kelakuan peliknya itu dan berkemungkinan kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku.

Seorang guru wanita yang merakam video berkenaan turut dimarahinya sehingga dia mengambil keputusan untuk menangkap gambar guru tersebut.

Video yang berdurasi selama hampir enam minit itu telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang menyeru pihak berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap guru berkenaan.

Menurut seorang netizen, terdapat ibu bapa yang telah membuat laporan kepada pihak sekolah berkenaan guru itu tetapi tiada sebarang tindakan pernah dibuat.

Malah, kakitangan sekolah juga tidak mampu untuk menahan guru tersebut daripada terus mengamuk.

Selain itu, difahamkan juga pihak bertanggungjawab tidak dapat membuang guru tersebut dengan sewenang-wenangnya kerana perlu melalui beberapa lapisan sebelum berbuat demikian.

Namun, diharapkan selepas tersebarnya video itu, akan ada tindakan susulan yang dapat dijalankan kerana dikhuatiri jika ada mana-mana pelajar yang menjadi mangsa amukan sehingga mendatangkan kecederaan.

Netizen turut bersimpati atas nasib yang menimpa Madam Hong kerana keadaan dirinya itu tidak membolehkan dia mengajar seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: amukcikgu mentalsakit jiwa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Amuk Bawa Kapak Ditahan

19/07/2019
0

LELAKI berusia 34 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mengamuk dengan bersenjatakan kapak dalam kejadian di sebuah...

Lelaki Amuk, Ugut Isteri Guna Parang & Bom Di Kluang

27/09/2018
0

KLUANG - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd