• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Kosmetik Maut Dikelar

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang peniaga barangan kosmetik maut selepas ditetak empat lelaki dipercayai warga asing di tapak pasar malam Seksyen 25 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, mangsa Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di leher.

“Mangsa merupakan peniaga barangan kosmetik, semasa beliau bersama tiga lagi pekerjanya sedang berniaga datang empat lelaki dipercayai warga Indonesia menyerang mangsa dengan pisau, mangsa yang cedera di leher mati di tempat kejadian, penyerang kemudian melarikan diri.

“Seorang pekerja mangsa yang cuba membantu mangsa turut mendapat kecederaan di kepala dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan di sini. hari ini.

Katanya polis sedang memburu empat individu terbabit berhubung kes itu.

Shafien berkata polis turut menahan dua pekerja mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan.

“Motif kejadian sedang disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: peniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd