• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Didakwa Memiliki, Mengimport Senjata Tiruan

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki senjata, mengimport senjata tiruan dan tidak mempunyai kad pengenalan di sebuah kafe, di Bercham Trade Parade, di sini, pada Selasa lepas.

Lew Soon Aun, 47, mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama dan kedua namun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketiga selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.

Bagi pertuduhan pertama, Lew didakwa memiliki, membawa, menggunakan apa-apa senjata atau amunisi tanpa suatu lesen atau permit senjata selain yang dibenarkan oleh lesen atau permit atau dalam hal amunisi, melebihi kuantiti yang dibenarkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh juga didakwa telah mengimport senjata tiruan yang ada di dalam jagaannya mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, Lew didakwa gagal mempamerkan kad pengenalan diri ketika diminta pegawai kanan polis​​​​​ mengikut Seksyen 25(1)(a) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah kafe beralamat di No. 413, Bercham Trade Parade, Desa Kencana, di sini, pada 7.30 malam, 23 Jan lepas.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili peguam EP Seeralasittan. – BERNAMA

Tags: Senjata Tiruan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Rampas Senjata Tiruan, Pelbagai Barangan Salah

10/11/2016
0

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu merampas senjata tiruan dan beberapa barangan lain yang menyalahi undang-undang daripada seorang lelaki di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd