• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Gombak Kurang Punca Azmin Lompat Kawasan

oleh AK-47
06/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Sokongan pengundi di Parlimen Gombak yang semakin berkurangan didakwa menjadi faktor Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk bertanding di kawasan Parlimen berbeza pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata isu pemimpin politik pembangkang kerap bertukar kawasan bertanding adalah perkara biasa kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Mereka (ahli politik pembangkang) bila dah menang, pandang masalah rakyat pun tidak dan bila mereka rasa sokongan pengundi di situ semakin kurang mereka pergi bertanding di tempat lain. Di kawasan Gombak saya lihat banyak kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) mempunyai masalah, antaranya bumbung bocor, lif rosak, dan kawasan tidak diselenggara dengan betul.

“Dia (Mohamed Azmin) sebagai wakil rakyat perlu selesaikan hal ini tetapi sudah dua penggal di sana apa dia buat? Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula yang perlu selesaikan masalah ini,” katanya pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Kampung Parit 4, Sungai Burong, di sini hari ini.

Noh, yang juga menteri KPKT, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media pada Rabu lepas mengenai kemungkinan Mohamed Azmin dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bertanding di Parlimen Shah Alam dan Parlimen Hulu Langat pada PRU14.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR merupakan penyandang kerusi Parlimen Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sementara Zuraida menyandang kerusi Parlimen Ampang.

Berhubung program tinjauan mesra itu, Noh berkata kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan kira-kira RM1 juta bagi lapan projek menaik taraf infrastruktur awam di kampung itu.

Katanya, antara projek berkenaan adalah menaik taraf jalan kampung, sistem perparitan dan menurap dataran Masjid Al-Taufiqiah di kampung berkenaan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd