• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengumuman Pakatan Harapan Tak Memeranjatkan

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumuman Pakatan Harapan berhubung calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya ia berkuasa memberi isyarat jelas kepada anggota pakatan itu bahawa sesiapa sahaja boleh dijadikan alat dan disisihkan dalam Percaturan Kuasa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pengumuman siapa yang akan menyandang dua jawatan itu sekiranya pakatan berkenaan memenangi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) juga mencetuskan ‘keadaan yang agak kecoh’ kerana beberapa sebab.

“Pertama, semua orang tahu Pakatan tidak ada pilihan, selain menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebagai bakal pardana menteri mereka.

“Menamakan orang lain akan membawa padah kerana Pakatan boleh berkecai dalam masa 24 jam sahaja akibatnya. Maka, jadilah seperti kata orang ‘bukankah saya dah nyatakan begitu kepada anda,” kata Salleh melalui catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com, hari ini.

Salleh berkata pembangkang juga tidak mempunyai pilihan, selain menamakan presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal timbalan perdana menteri mereka dan sama jugalah, menamakan orang lain untuk jawatan itu umpama ‘membunuh diri’.

“Tetapi, tentulah ada pemimpin penting lain yang telah banyak berkorban, termasuk melepaskan jawatan menteri dan jawatan dalam parti.

“Mengapakah nama-nama ini tidak dipertimbang, sebaliknya diketepikan?” tanya Salleh.

Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calonya untuk menjadi perdana menteri dan Dr Wan Azizah sebagai calon timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd