• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Mahu Pondok Tol Batu 3, Sg. Rasau Diroboh

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan menuntut supaya pondok tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di sini, yang dimansuhkan kutipannya mulai 1 Jan lalu, dirobohkan secepat mungkin kerana boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Kebimbangan itu ternyata berasas kerana pondok tol di Plaza Tol Batu Tiga semalam, meragut nyawa dua sahabat yang melalui pondok tol berkenaan.

Dalam kemalangan pada 6.36 pagi itu, Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya’Baniah Norhisham, 20, maut apabila kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh tembok pondok tol tersebut.

Pemandu kereta berkenaan pula cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.

Seorang pengguna lebuh raya Mohd Faiz Anuar, 31, berkata pondok tol berkenaan yang sudah tidak beroperasi sememangnya mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuh raya itu terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Beliau yang menggunakan laluan berkenaan setiap kali pergi dan pulang kerja, berkata ramai pemandu kenderaan memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba apabila tiba di pondok tol berkenaan kerana laluannya yang sempit.

“Keadaan ini agak merbahaya terutama di waktu malam dan awal pagi selain pada waktu puncak. Pengalihan pondok tol berkenaan juga dijangka mampu melancarkan perjalanan trafik di laluan itu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi pengguna lebuh raya, Ahmad Ekhlas Hazlan berkata pihak bertanggungjawab perlu segera mengalihkan pondok tol itu bagi mengelak kejadian kemalangan maut yang berlaku semalam, berulang.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihak PLUS Malaysia Berhad selaku bekas pengendali kedua-dua plaza tol berkenaan kini dalam proses mencari kontraktor yang berwibawa untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

“Saya jangka proses mencari kontraktor ini akan selesai selewat-lewatnya dua bulan lagi dan kontraktar yang dilantik akan menjalankan kerja mereka. Jika proses melantik kontraktor ini selesai awal maka kerja perobohan akan dijalankan awal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau dalam pada itu menasihati pengguna lebuh raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan kedua-dua pondok tol berkenaan kerana laluannya hanyalah selebar tiga meter.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari ketika dihubungi berkata pihaknya mengikuti rapat perkembangan berkaitan kedua-dua plaza tol berkenaan termasuk telah mengemukakan permohonan kepada pihak PLUS untuk menyegerakan kerja perobohan itu.

“UMNO Shah Alam amat berharap supaya pondok tol di kedua-dua plaza tol itu dirobohkan secepat mungkin demi keselamatan pengguna jalan raya selain untuk memastikan kelancaran trafik. InsyaAllah daripada maklum balas yang sama terima, kerja-kerja meroboh pondok kedua-dua tol ini akan dijalankan segera,” katanya.

Pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau yang dibuat 20 tahun lebih awal dari tempoh perjanjian konsesi yang sepatutnya tamat pada 2038 itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 pada 27 Okt lalu, sebagai antara usaha untuk mengurangkan beban rakyat.

Selain kedua-dua tol tersebut, pemansuhan kutipan turut melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuh Raya Penyuraian Johor Timur (EDL), Johor berkuat kuasa 1 Jan lepas. – BERNAMA

Tags: Pondok Tol Batu 3
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Mangsa Lempar Kerusi Cerita Detik Akhir Anak

Next Post

Tuntutan Palsu: Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

Related Posts

No Content Available
Next Post

Tuntutan Palsu: Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd