• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi NACC Tarik Diri Siasatan Jam Tangan Mewah

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pengerusi Suruhanjaya Anti Rasuah Negara (NACC) Thailand membuat keputusan menarik diri daripada siasatan berprofil tinggi agensi itu berhubung dakwaan pemilikan jam tangan mewah oleh Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan.

Penarikan diri Jen Watcharapol Prasarnrajkit daripada siasatan itu diumumkan dalam sidang media oleh Setiausaha Agung NACC, Worawit Sukboon.

Beliau berkata Prasarnrajkit memaklumkan keputusannya untuk menarik diri daripada siasatan itu semasa mesyuarat NACC semalam.

Pengerusi NACC itu yang rapat dengan Prawit dan pernah berkhidmat di bawahnya sebelum ini, mendapat tekanan hebat daripada masyarakat yang mahu beliau menarik diri daripada siasatan itu bagi memastikan ketelusan dan siasatan yang tidak berat sebelah.

Sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan jam tangan itu yang Worawit jangka akan siap bulan depan, NACC, kata beliau, telah meminta timbalan perdana menteri supaya mengemukakan lebih banyak maklumat berkaitan 25 utas jam tangan mewah yang menjadi persoalan itu.

Beliau mengambil maklum bahawa Prawit telah memberi maklumat berkaitan jam tangan itu tetapi NACC kini mahu beliau mengemukakan “penjelasan tambahan”.

Badan anti rasuah itu, katanya, turut menetapkan janji temu untuk menyoal pihak yang didakwa Prawit meminjamkan jam tangan mewah itu kepadanya.

“NACC turut menghantar surat kepada 13 syarikat jam tangan untuk meminta mereka memberi maklumat tentang jam tangan yang dipakai Prawit,” katanya.

Timbalan perdana menteri mendakwa jam tangan mewah dipakainya yang membangkitkan persoalan, adalah kepunyaan rakan dan dipinjamkan kepadanya.

Prawit turut menawarkan diri untuk melepaskan jawatannya dalam kerajaan jika siasatan NACC mendapatinya bersalah. – BERNAMA

Tags: rasuahThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd