• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah JPS Antara 3 Ditahan, Akaun Bank RM2.9j Disita

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu ditahan hari ini dan akaun bank berjumlah RM2.9 juta disita bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengarah berumur 60 tahun itu dan dua orang pemilik dua buah syarikat berumur 39 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah pejabat SPRM.

Katanya, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan.

“Pengarah itu disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak tahun 2014 hingga 2017.

“Dua individu yang merupakan pemilik syarikat dipercayai telah bersubahat dengan pengarah tersebut,” kata sumber itu.

“Dia (pengarah) juga didapati menjalani kehidupan yang mewah hasil wang rasuah yang diterima daripada kontraktor-kontraktor sejak tahun 2014.

Difahamkan, siasatan juga mendapati pengarah itu telah memindahkan sejumlah wang rasuahnya ke beberapa akaunnya dan saudara-maranya,” kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek bagi membantu siasatan.

“Siasatan dimulakan selepas SPRM menerima laporan berhubung dakwaan perbuatan pengarah tersebut.

Siasatan masih di peringkat awal dan pasukan penyiasat kini dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang dirampas bagi membantu siasatan,” kata Azam.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan akan direman esok bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd