Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Selendang Hijau ‘Ikatan Terakhir’...

TERTEKAN akibat hubungan tidak direstui keluarga, sepasang kekasih nekad mengikat badan mereka dengan...

1MDB: Berani Ke Pembangkang...

BERIKUTAN pembongkaran besar tentang dua pemimpin pembangkang dari PKR dan DAP iaitu Rafizi...

Lagi Desakan Muhyiddin Letak...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus diasak...

Sedia 30 Bank Bergerak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM18 juta kepada institusi kewangan domestik bagi menyediakan...

Penganggur Rompak 7-Eleven, Samun Rokok, Wang Tunai

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di dua buah kedai serbaneka 7-Eleven dan mengambil 141 kotak rokok dan wang tunai.

Syed Muhammad Nabil Syed Noh, 22, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan ke atas Muhammad Nurariskimi Hazalisham, 18, pekerja 7-Eleven, dengan mengambil 48 kotak rokok berjumlah RM792, di 7-Eleven, Jalan 7/23E, Taman Danau Kota, 4/12 Off Jalan Genting Kelang, Setapak, pada 5.30 petang, 7 Disember 2017.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan ke atas Mahfuzah Manan, 34, pekerja 7-Eleven, dengan mengambil 32 kotak rokok dan wang tunai RM674 di kedai sama pada 7.30 petang, 16 Oktober 2017.

Lelaki itu turut didakwa bersama-sama tiga orang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan ke atas Hazlina Madinel, 19, juga pekerja 7-Eleven, dengan mengambil 61 kotak rokok berjumlah RM1,014.50 di 7-Eleven Star Parc Point, Jalan Genting Klang, Wangsa Maju, di sini pada 2.27 pagi, 11 Januari 2018.

Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid tidak menawarkan sebarang wang jaminan mengambil kira tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan sama yang merupakan satu kesalahan serius.


Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya belum didapati bersalah dan berhak dibebaskan dengan jaminan selain bersedia dengan sebarang syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama dan masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Tertuduh juga diperintahkan mematuhi tiga syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran kediamannya setiap dua minggu sekali, dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 9 Februari untuk sebutan semula kes bagi pertuduhan pertama dan 28 Februari bagi pertuduhan kedua dan ketiga. — BERNAMA

Kategori