• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengadil Bukan Islam Henti Perlawanan Hormati Azan

oleh
28/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung! Aksi pengadil terbaik dari Britain, Mark Clattenburg menghentikan perlawanan bagi menghormati azan, tular di media sosial seluruh dunia.

Beliau ketika itu mengendalikan perlawanan bola sepak liga Arab Saudi antara tuan rumah Al Feiha menentang Al-Fateh di Stadium Bandar Raya Sukan Raja Salman Abdulaziz di Al Majma’ah dekat Riyadh pada petang Rabu lalu.

Namun Clattenburg tiba-tiba menghentikan perlawanan ketika azan fardu Maghrib berkumandang dari sebuah masjid berhampiran stadium dan aksi spontan itu turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.

Tindakan bekas pengadil ternama Liga Juara-Juara Eropah yang berusia 42 tahun serta berasal dari Durham, England itu menghentikan perlawanan sebagai menghormati azan mendapat pujian netizen dan peminat sukan.

Ia dihentikan pada minit kelima waktu tambahan dengan jaringan ketika itu terikat 1-1 dan apabila permainan itu disambung semula, pemain Al-Feiha menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-118 untuk layak ke suku akhir.

Untuk rekod, perlawanan tersebut bermula pukul 4 petang dan apabila memasuki minit ke-94, azan dilaungkan menunjukkan permulaan waktu Maghrib di wilayah Umm Al Qura pada hari berkenaan kira-kira 5.36 petang.

Baca: Peserta Bersih ‘Hina’ Masjid Negara, Azan Zohor

Juga: Kucing Makkah Kejut Jemaah Tidur Ketika Azan

Dan: Angkasawan Apollo 1969 Dengar ‘Azan’ Di Angkasa

Clattenburg dilaporkan pantas melihat isyarat pengadil keempat, Muhammed Alqarn mengenai laungan azan dan segera meniup wisel sebagai tanda perlawanan dihentikan sementara sehingga dipuji peminat bola sepak tempatan.

Beliau dikatakan tidak pernah kekok dengan prosedur tersebut cuma mungkin agak keliru apabila menyangka azan sudah berakhir tetapi membiarkan pemain untuk menunggu masa yang sesuai bagi menyambung perlawanan itu.

Clattenburg yang sudah lama menjadi pengadil profesional sejak 1993, meninggalkan Liga Perdana Inggeris apabila dilantik sebagai Ketua Pengadil Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi pada 2017 lalu menggantikan Howard Webb.

Bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini pernah ditawarkan gaji lumayan £1 juta (RM5.5 juta) setahun untuk bertugas di China, namun memilih Arab Saudi kerana tertarik dengan suasana negara Islam itu.

Beliau cuma dibayar £100,000 (RM550,000) setahun dengan pakej £1,100 (RM6,023) bonus setiap perlawanan meskipun menyedari budaya pelik penyokong Arab Saudi suka ‘menyerang’ pengadil jika pasukan mereka itu kalah.

Ini menyebabkan Clattenburg sering menganjurkan seminar dan kempen kesedaran terhadap pengadil untuk lebih bijak ketika mengadili perlawanan selain mendidik sikap penyokong agar berhemah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiazanMark ClattenburgPengadil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd