• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencipta Nama Proton Saga Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENCIPTA nama kereta nasional pertama negara ‘Proton Saga’, Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri, Sungai Petani, semalam.

Ismail, 71, yang pernah dikenali sebagai ‘Staf Sarjan Proton’ ketika berkhidmat di Markas Dua Divisyen, Pulau Pinang meninggal dunia 3.10 petang selepas 51 hari terlantar sakit di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Anaknya, Mohd Sarisffuddin Ismail berkata, arwah ayahnya dimasukan ke HSAH selepas pulang mengerjakan ibadah haji November tahun lalu akibat menghidap sakit jantung, kencing manis dan asma.

Katanya, selepas 51 hari dirawat di hospital, arwah bapanya dibenarkan keluar pada Khamis, namun keadaan kesihatannya kembali teruk semalam.

“Emak, Sariah Abdul Rahman, 69, serta adik berada di sisi arwah hinggalah selepas Jumaat keadaan ayah bertambah tenat dan 3.10 petang ayah pergi meninggalkan kami semua.

“Kami sekeluarga reda dengan kehendak Allah… arwah ayah sakit sudah lama lebih lapan tahun lalu, malah ketika mengerjakan ibadah haji tahun lalu arwah dimasukkan ke hospital di Makkah.

“Saya sekeluarga bersyukur kerana arwah ayah dapat menunaikan segala kewajipannya. Dia seorang ayah yang bertanggungjawab, baik dan sukar dicari ganti,” katanya ditemui di rumahnya, malam tadi.

Jenazah Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Amanjaya, Sungai Petani kira-kira 10 malam tadi.

Menurut Sarisffuddin, arwah bapanya pernah menyatakan hasrat supaya dia dan adik-beradik lain mencari semula kereta Proton Saga yang diterima sebagai hadiah ketika menang sebagai pencipta nama Proton Saga pada 1985.

“Itu saja hasrat arwah yang tidak tertunai, saya difahamkan kereta itu dijual kerana ketika itu arwah memerlukan wang untuk membiayai kos dua adik melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Saya dan adik mencari kereta itu dan dipercayai berada sekitar Pendang,” katanya.

Ismail menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1987 selepas 18 tahun berkhidmat.

Mengikut rekod arwah diumumkan sebagai pemenang pencipta nama kereta nasional pertama pada 1985 mengatasi ribuan penyertaan lain sekali gus menerima hadiah kereta Proton Saga 1.3. – Harian Metro

Tags: meninggal duniaProton saga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd