• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Rumawip Dibenarkan Sewa Dengan Bersyarat

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membenarkan pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) menyewakan kediaman mereka kepada pihak ketiga dengan bersyarat.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata antara syarat yang sedang dipertimbangkan adalah pemilik ditukar berkhidmat ke negeri lain setelah membeli rumah itu.

“Kita faham dan tidak mahu membebankan, contohnya jika pemilik ditukar bekerja ke Sarawak, boleh disewakan daripada rumah itu dibiarkan kosong.

Pemilik juga tidak dibenarkan untuk menyewakan kediaman kepada warga asing, perkara ini akan dipantau JMB (Badan Pengurusan Bersama) dan tindakan akan diambil jika ingkar ” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci Rumawip Residensi Sentulmas di sini hari ini.

Sebelum ini, Rumawip mensyaratkan unit yang dibeli perlu didiami oleh pembeli dan tidak boleh disewakan.

Rumawip Residensi Sentulmas yang telah siap untuk didiami oleh 351 pemilik merangkumi satu blok setinggi 30 tingkat dan unit berkeluasan 900 kaki persegi itu mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi serta kemudahan parkir berbumbung.

Projek itu berjaya disiapkan 23 bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan dan merupakan Rumawip kedua berjaya disiapkan selepas Residensi Pandanmas. – BERNAMA

Tags: Rumawip
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rumawip Di Bawah Tanggungjawab KWP – Zuraida

28/03/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan bertangungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan mengenai pembinaan atau pembatalan projek Rumah Mampu Wilayah Persekutuan (Rumawip)....

Kerajaan Lulus 55,974 Unit Rumawip Setakat 31 Ogos – Khalid

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah 55,974 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) melibatkan 89 projek telah diluluskan setakat 31 Ogos,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd