• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain N.Sembilan Jangan Terlibat Rasuah Bola Sepak

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan semua pemain di peringkat liga super, piala presiden dan piala belia negeri ini supaya jangan sesekali terjebak dengan gejala rasuah.

Mohamad yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata perkara itu akan memberikan masalah besar buat mereka termasuk berdepan hukuman di mahkamah, jika disabitkan kesalahan.

“Jagalah kerjaya kita, nama kita, keluarga kita, masyarakat dan juga negeri kita. Kalau terlibat (dengan rasuah), memang kita tidak ada harga diri…tak kaya tak apa, tetapi kita mempunyai jati diri,” katanya dalam ucapan pada majlis Ikrar Bebas Rasuah PBNS di sini, hari ini.

Turut menyaksikan lafaz ikrar itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, Setiausaha Kehormat PBNS Datuk Abd Halim Abd Latif dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Mohamad dalam pada itu berjanji akan memastikan pasukan bola sepak Negeri Sembilan bebas rasuah dan berazam mahu membina semula nama pasukan dalam liga bola sepak tempatan.

Sementara itu, Azam dalam ucapannya berkata SPRM amat mengalu-alukan inisiatif yang diambil skuad Rusa bagi memastikan gejala rasuah dapat ditangani.

“Sukan bola sepak adalah sukan yang paling diminati di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Saya nak melihat kualiti bola sepak yang bermutu tanpa ada unsur rasuah yang jika dilakukan akan menghancurkan harapan penyokong.

Saya yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam pasukan Negeri Sembilan, pasukan ini mampu memberi cabaran kepada pasukan lain dalam saingan liga,” katanya.

Azam berkata sejak 10 tahun lepas, SPRM telah menerima 132 maklumat berkaitan rasuah dalam bola sepak dan daripada jumlah itu, 23 kertas siasatan dibuka membabitkan 15 tangkapan.

“Lima daripadanya telah pun dituduh di mahkamah,” katanya sambil mengharapkan menjelang 2020, negara akan bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Terdahulu, Penolong Kapten Negeri Sembilan Mohd Fauzan Dzulkifli mengetuai lafaz ikrar yang turut disertai 145 pemain dan pegawai pasukan Negeri Sembilan.

Turut menyertai bacaan ikrar itu ialah penyerang sensasi skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, N. Thanabalan, yang kini beraksi dalam skuad Hobin Jang Hobin, musim ini selepas kontrak pinjamannya bersama Felcra FC, tamat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd