• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 4 Ditemui Mati Tergantung

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 9.30 malam, disedari ibu pelajar berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian itu dipercayai ketika ibu bapa dan ahli keluarga mangsa tiada di rumah.

“Berdasarkan keterangan ibunya, anak kedua daripada empat beradik itu bersendirian di rumah apabila dia, suami dan ahli keluarga lain keluar.

“Kali terakhir ibunya bercakap dengan mangsa ketika mangsa keluar dengan adik perempuannya dan terkejut sebaik pulang menemui mangsa mati tergantung di bahagian tepi tangga rumahnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, pemeriksaan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian, manakala mangsa pula tidak meninggalkan sebarang nota.

“Ketika pemeriksaan di kediaman teres dua tingkat itu kita dapati rumah berkenaan berada dalam keadaan elok dan tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Noorzainy berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh hari ini. – BH ONLINE

Tags: bunuh diripelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd