• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 2 Cedera Dipukul Senior

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas dekat sini cedera selepas dilapor dipukul lebih 15 pelajar tingkatan empat sekolah itu awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pelajar berusia 14 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.50 malam tadi selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kepala Batas.

“Menurut pelajar itu, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi di tingkat tiga koridor asrama lelaki sekolah berkenaan dan ia dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelajar tingkatan empat kerana diejek dan ditertawakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar tingkatan empat itu bertindak memanggil kira-kira 30 rakannya dan 15 daripada mereka telah memukul, menampar dan menendang mangsa serta tiga lagi rakannya juga pelajar tingkatan dua menyebabkan lebam dan luka calar di kaki serta badan.

Namun hanya seorang pelajar yang tampil membuat laporan polis, katanya.

“Polis telah memanggil beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu hari ini untuk direkodkan keterangan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan lanjut kes itu dijalankan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy berkata seorang lelaki berusia 30-an cedera parah selepas dipukul sekumpulan lelaki menggunakan parang dan pedang samurai di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Ong Yi How, Mak Mandin dekat sini pada pukul 3.20 pagi semalam.

Beliau berkata lelaki berusia 30-an itu dilapor dipukul selepas meminta seorang lelaki yang berada di belakang keretanya untuk ke tepi kerana menghalang laluannya hendak mengeluarkan kenderaan yang diletakkan di situ.

“Suspek tiba-tiba menjadi berang dan memukul serta melibas mangsa menggunakan parang dan memanggil empat lagi rakannya yang lain yang bersenjatakan pedang samurai. Mereka membelasah lelaki itu menyebabkan kecederaan parah di muka, patah tangan kanan, koyak bahu kiri dan retak pada tulang bahu kiri,” katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia 30-an dalam dua serbuan di Butterworth pada pukul 11 malam tadi dan usaha mengesan tiga lagi rakan mereka giat dijalankan. – BERNAMA

Tags: ACP Noorzainy Mohd Noordipukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd