• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar MRSM Meninggal Terjatuh Dalam Kolam

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Bakri di sini berusia 16 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) hari ini selepas terjatuh ke dalam kolam renang di sekolahnya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata mangsa, Lukman Al-Hakim Mohamad Hairil, pelajar tingkatan empat, dari Saleng, Kulai dipercayai terjatuh ke dalam kolam tersebut kira-kira jam 5 petang, semalam ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Sebelum kejadian, pelajar terbabit dipercayai sedang bermain bola tampar bersama sekumpulan rakannya sebelum bola tersebut terjatuh ke dalam kolam yang berhampiran.

“Mangsa yang cuba mengambil bola itu, tiba-tiba terjatuh ke dalam kolam berkenaan yang dianggarkan sedalam kira-kira 2.7 meter sebelum rakan serta pengawal keselamatan menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa kemudian dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan lanjut bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tags: jatuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub REMBAU, 20 Jun 2026 — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan setakat ini tiada unsur buli dikesan dalam insiden...

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd