• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Hidap H1N1 Di Kuala Pilah Tidak Benar

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khabar angin mengenai seorang pelajar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menghidap H1N1 adalah tidak benar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pelajar terbabit sebenarnya disahkan positif Influenza A yang mudah merebak melalui titisan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata pada 10 Jan lepas, sebuah sekolah berasrama di Jempol, Negeri Sembilan melaporkan dua pelajar mengalami demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

“Ini merupakan kluster pertama Influenza-Like-Illness (ILI) yang dilaporkan berlaku di sekolah dalam Negeri Sembilan dan sejak itu tiada laporan wabak ILI dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya orang ramai tidak harus terus menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan keadaan panik dalam masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan termasuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menghidap gejala seperti ILI, elakkan berada di tempat awam bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain serta mengamalkan penjagaan kebersihan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: H1N1
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian COVID-19 10 Kali Ganda Berbanding H1N1 – WHO

14/04/2020
0

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah menyebabkan...

SK Stella Maris Ditutup, 7 Pelajar Positif Influenza

22/01/2020
0

KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd