• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dituduh Curi iPhone Guru Kini Mati Otak

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru, seorang pelajar tingkatan dua kini berada dalam keadaan kritikal selepas cuba menggantung dirinya.

Dalam kejadian Rabu lalu, pelajar dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu mengunci diri dalam bilik selepas dihantar gurunya ke rumah pada pukul 6.15 petang Rabu lalu.

Pada malam hari yang sama, remaja perempuan itu kemudiannya dipercayai cuba menggantung diri dengan menggunakan lilitan selendang.

Insiden itu disedari bapanya selepas menyedari anaknya itu tidak menyahut beberapa panggilan yang dibuat ketika berada di rumah.

Lantas membuatkan dia memecah pintu bilik anaknya namun mendapati mangsa telah cuba membunuh diri.

“Saya cuba untuk buka pintu bilik dan buat CPR sebelum membawanya ke hospital.

“Dia cakap dia tak curi telefon bimbit itu. Telefon bimbit yang hilang boleh diganti tapi nyawa anak saya bolehkah diganti?

“Anak saya kini hidup dengan bantuan pernafasan,” kata bapanya memetik The Star.

Difahamkan, anak kesayangannya itu kini mengalami penyakit mati otak dan sedang bertarung nyawa melawan serangan penyakit tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya.

Bekas tukang masak berusia 50-an itu mengatakan pihak sekolah mendakwa kerlibat pencuri telah dirakam oleh kamera litar tetutup (CCTV).

Bagaimanapun mereka tidak boleh mengesahkan sama ada anaknya yang dilihat dalam rakaman CCTV berkenaan.

Tuduhan itu bermula apabila empat orang guru telah mengesyaki mangsa mencuri kerana terluhat kelibat mangsa pergi ke bilik guru.

Apa yang lebih memilukan, guru-guru terbabit turut bertindak memukul dan mengurungnya di sebuah bilik khas konon demi membuatkan mangsa mengaku atas tindakan yang tidak dilakukannya.

Sementara itu, pelajar berusia 14 tahun itu turut meninggalkan nota kepada ibu bapanya menafikan dia mencuri dan tidak mahu menyusahkan mereka.

Laporan The Star turut menyebut, presiden NGO Malaysian Tamil Kural, David Marshel berkata, kes akan dirujuk kepada polis kerana guru berkenaan tidak sepatutnya membawa pulang remaja itu ke rumahnya menggunakan kereta persendirian tanpa izin ibu bapa dan pihak sekolah.

Marshel menyertai bapa saudara mangsa membuat laporan polis terhadap guru itu di balai polis manakala wakil pihak sekolah enggan mengulas isu ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut memindahkan guru berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KES GURUpelajar sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd