• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Mara KKB Ditahan Reman Kes Salah Guna Kuasa

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai Mara di Kuala Kubu Bharu, dekat sini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan pemberian kerja pembekalan barang keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan.

Turut direman bagi tempoh dan tujuan sama adalah anak lelakinya berumur 24 tahun dan seorang lagi lelaki iaitu pemilik sebuah syarikat berumur 40 tahun.

Majistret P. Sarulatha membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga suspek itu sehingga Khamis depan.

Ketiga-tiga individu terbabit tiba di kompleks mahkamah di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM semalam, kesemua suspek ditahan antara pukul 4.30 petang dan 7 malam di Pejabat SPRM Selangor.

Wanita berumur 48 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan barang keperluan pelajar yang bernilai lebih kurang RM79,000 secara rundingan terus kepada anaknya melalui sebuah syarikat dimiliki rakan anaknya itu. – BERNAMA

Tags: Kes Salah Guna Kuasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Bomba Direman Seminggu

19/09/2018
0

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi...

Bekas ADUN Wanita Selangor Direman 2 Hari

04/09/2018
0

SHAH ALAM - Bekas ADUN Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam direman dua hari bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd