• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Terima Bas ‘iCoach Roadrunner’ Hari Ini

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebuah bas ‘iCoach Roadrunner’ yang dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memudahkan penugasan PDRM di ibu kota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bas sumbangan syarikat Pelangi iCoach Sdn Bhd itu turut dilengkapi kamera keselamatan dan pintu automatik.

Beliau berkata bas yang mempunyai reka bentuk lasak itu berkuasa tinggi serta mampu bergerak dengan mudah dan sesuai digunakan di jalan raya yang sesak seperti di ibu kota.

“PDRM akan memanfaatkan sumbangan ini sebaik-baiknya dalam melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah serta program kemasyarakatan dan ia juga boleh digunakan untuk aktiviti Persatuan Keluarga Polis.

“Saya sentiasa mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat swasta yang ingin mewujudkan jaringan kolaborasi dengan PDRM,” katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan bas ‘Icoach Roadrunner’ kepada PDRM di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Tajuddin Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pelangi iCoach Datuk Seri S. Kanagendran. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd