• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Jadi Bisu, Tekak Koyak Akibat Cuba Tahan Bersin

oleh
21/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HIKMAH… Umat Islam tentu maklum bahawa Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu pernah galak bersin dan larang menguap yang kini terbukti ada banyak kesan positif dari segi perubatan moden.

Jika anda berasa hendak bersin, jangan ditahan. Kajian terkini mendapati cubaan menahan bersin sebenarnya boleh membahayakan tubuh badan bahkan tidak baik dari sudut kesihatan termasuk risiko kehilangan nyawa sendiri.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan tekak, malah gegendang telinga atau saluran darah dalam otak anda pecah. Demikian hasil kajian terbaharu yang diterbitkan menerusi jurnal perubatan BMJ Case pada Selasa lalu.

Menurut pasukan pengkaji antarabangsa itu, apabila seseorang sengaja menahan bersin, ia akan mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh. Bahaya menahan bersin dialami sendiri oleh seorang lelaki Britain berusia 34 tahun.

Pesakit dewasa tersebut dilaporkan terpaksa pergi ke sebuah hospital di Leicester, England untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan selepas mengadu rasa bengkak dan mengalami sakit teruk di bahagian leher.

“Lelaki itu menggambarkannya seperti berasa ‘letupan’ pada bahagian leher selepas beliau menahan bersin dengan memicit hidung sambil menutup mulut secara serentak,” kata doktor menerangkan kajian yang diterbitkan itu.

Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) kemudian mengesahkan apa yang mereka syaki iaitu tekanan kuat telah dihasilkan akibat tindakan pesakit tersebut menahan bersin menyebabkan belakang tekak mangsa turut terkoyak.

Lelaki berkenaan yang tidak mampu menelan makanan mahupun bercakap seterusnya dimasukkan ke hospital serta beliau diberikan makanan dan antibiotik hanya dengan menggunakan tiub sehingga sakitnya itu kembali reda.

“Mujur beliau bertuah apabila dibenarkan pulang selepas seminggu dirawat. Menahan bersin dengan menutup mulut dan hidung adalah satu perbuatan yang berbahaya dan harus dielak,” kata doktor menerusi jurnal itu.

Dalam kes yang jarang berlaku, menahan bersin boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru dan memecahkan aneurisme serebrum, iaitu keadaan saluran darah menjadi bengkak seperti belon dalam otak.

Hakikatnya bersih merupakan nikmat kurniaan Allah bagi membebaskan pelbagai penyakit tertentu dalam badan bahkan Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita mengucap tahmid setelah bersin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bersin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Gaji 10 Pekerja Hanya Untuk Bersin!

27/01/2019
0

JIKA seseorang berikan tisu terpakai, apa reaksi awal anda? Mungkin juga anda melenting kerana tindakan menjengkelkan itu, betul? Tetapi, apa...

Dulu Bersin, Kini Gelak Pun Boleh Patah Tulang

05/06/2017
0

RAPUHNYA tulang wanita ini. Monique Jeffrey yang pernah patah tulang leher hanya kerana bersin kira-kira lima tahun lalu kini mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd