• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ong Kim Swee Sah ‘Berguru’ Di Kelab Sepanyol

oleh
25/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Datuk Ong Kim Swee menimba ilmu berkaitan aspek kejurulatihan di kelab terkemuka La Liga Sepanyol, Atletico Madrid bermula Mac.

Sebelum ini, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) itu pernah menyatakan beliau akan ke Sepanyol untuk mendapat pendedahan dalam bidang kejurulatihan antarabangsa namun belum ada kepastian tarikh sebenar.

Namun ini Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah menunaikan impian Kim Swee itu sekali gus jelas menggambarkan amat serius untuk memastikan jurulatih B-23 itu mendapat pendedahan terbaik di kelab ternama.

“Kim Swee di Sepanyol pada Mac ini mungkin untuk tempoh sebulan atau dua bulan melalui perancangan dibuat enam bulan lalu bagi membolehkan beliau belajar dan menimba ilmu skil dan pengetahuan bidang kejurulatihan.

“Kemungkinan kelab itu adalah Atletico Madrid dan saya percaya pendedahan itu mampu meningkatkan lagi kualiti kejurulatihan dan mampu beri impak positif untuk membimbing skuad B-23,” titah baginda pada sidang media.

Terdahulu Tunku Ismail selaku pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadiri Majlis Penyerahan Rasmi Sijil Malaysia Books Of Records (MBOR) kepada skuad negeri tersebut di Hotel Thistle, Johor Bahru pada Rabu.

Terdahulu, Kim Swee memaklumkan dirinya akan mengadap Tunku Ismail dalam masa yang terdekat untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perancangan jangka masa panjang mengenai nasib skuad B-23.

Mengulas mengenai perkembangan pemain muda di Malaysia khususnya skuad B-23, Tunku Ismail memberi sokongan penuh kepada mereka untuk melebarkan sayap beraksi di liga luar yang lebih tinggi persaingannya.

“Bagi pemain skuad B-23, saya berdoa dan berharap mereka semua bermain di luar negara. Pada saya sesiapa pun yang dapat peluang atau tawaran untuk beraksi di pertandingan lebih tinggi mereka harus pergi, jangan duduk sini.

“Apabila mereka bermain di peringkat yang lebih tinggi, ia banyak memberi kelebihan kepada kita kerana akhirnya selepas mereka balik mereka boleh berkhidmat dan menyumbang untuk pasukan kebangsaan,” titah baginda lagi.

Tunku Ismail juga mahu jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang menggantikan Nelo Vingada untuk menilai semula keseluruhan prestasi pemain muda yang boleh diserapkan ke dalam pasukan senior.

“Dari awal saya jadi Presiden FAM, saya sudah maklumkan, pemain muda inilah yang akan menjadi tonggak masa depan depan negara, maka sebab itu saya sendiri tidak bagi tumpuan sangat untuk pasukan sedia ada.

“Saya harap Cheng Hoe dapat ambil pemain B-23 tetapi bukanlah semua kerana ia mampu beri mereka pendedahan untuk mewakili skuad kebangsaan bersaing di peringkat antarabangsa,” titahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petros Mahu Teroka Bidang, Teknologi Baharu

Next Post

Lelaki Maut Renjatan Elektrik Cas Telefon Bimbit

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Lelaki Maut Renjatan Elektrik Cas Telefon Bimbit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd