• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyawa 174 Penumpang, Anak Kapal ‘Tergantung’

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERDEBAR… Nyawa 168 penumpang, dua juruterbang dan empat anak kapal bagaikan ‘tergantung’ selepas pesawat Boeing 737-800 yang mereka naiki tergantung di tebing.

Kapal terbang malang berkenaan dikatakan terbabas dari landasan ketika baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang Trabzon, Turki, semalam.

Menurut Daily Mail, hanya tayar pesawat milik Pegasus Airlines itu yang tersangkut menyebabkan ia tidak menjunam ke dalam Laut Hitam, tergantung tinggi di tebing.

Reuters melaporkan, Pegasus Airlines mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan dan tiada kecederaan dilaporkan, termasuk dua juruterbang dan empat anak kapal yang berjaya dikeluarkan.

Rakaman sejurus kejadian menunjukkan penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang menangis dikeluarkan dari pesawat.

Enjin sebelah kiri pesawat juga kelihatan tertanggal manakala anggota bomba menyembur badan pesawat dengan air.

Pesawat itu berlepas dari Ankara, Turki, dan mendarat di Lapangan Terbang Trabzon sebelum berlepas kembali 90 minit kemudian apabila nahas berlaku.

Pegasus Airlines ialah syarikat penerbangan murah Turki berpangkalan di Kurtkoy, Pendik, Istanbul.

Berikutan itu, Lapangan Terbang Trabzon ditutup dengan penerbangan lain ditangguhkan atau dilencongkan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Nahas Pesawatpenumpang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd