Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pengundi Seri Setia Mula...

PETALING JAYA - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dilihat semakin...

Pura-Pura Cedera Tolong Pasukan...

DALAM permainan bola sepak perkara yang cukup penting adalah kerjasama berpasukan dan saling...

Pemilihan PAS: Jaga Emosi...

KUALA LUMPUR - Calon yang bertanding pada pemilihan PAS diminta menjaga emosi dan...

Remaja Maut Bermain Papan...

KUANTAN - Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan...

Nicol Teruskan Rentak Kemenangan Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David meneruskan rentak kemenangan selepas mara ke pusingan suku akhir Masters Arab Saudi 2018 di Riyadh, Arab Saudi.

Nicol, yang merupakan pilihan kelima kejohanan, menundukkan Joshna Chinappan dari India 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 38 minit, demikian menurut laman web rasmi kejohanan https://squashinsaudi.com/.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan berdepan pilihan ke-11 kejohanan dari Mesir, Nour El Tayeb yang mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua, Camille Serme dari Perancis.

Sekiranya Nicol berjaya, menanti beliau di pusingan separuh akhir adalah di antara pilihan ketiga, Raneem El Welily dari Mesir atau pemain England, Sarah-Jane Perry yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia yang juga pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir yang menewaskan rakan senegara Hania El Hammamy di pusingan kedua akan berdepan pemain India, Dipika Pallikal Karthik pada pusingan suku akhir.


Kesemua aksi pusingan suku akhir akan berlangsung esok. – BERNAMA

Kategori