• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Gagal Teruskan Kemaraan Di Masters Wanita Saudi

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David hanya mampu mara setakat suku akhir Masters Wanita Saudi di Riyadh, Arab Saudi selepas tewas kepada, Nour El Tayeb , pada Rabu.

Bekas pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan kelima kejohanan itu, ditundukkan 7-11, 12-14, 9-11 dalam pertarungan selama 35 minit oleh pemain pilihan ke-11 dari Mesir itu.

Ini adalah kekalahan pertama beliau dengan pemain berusia 24 tahun itu, yang ditewaskannya dalam sembilan perlawanan sebelum ini.

Pemain berusia 34 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu mara ke suku akhir selepas mengalahkan pemain India Joshna Chinappan 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 pada pusingan kedua Selasa lepas, menurut laman sesawang rasmi kejohanan, https://squashinsaudi.com.

Dengan tersingkirnya Nicol, menyaksikan kejohanan profesional skuasy di Arab Saudi disapu bersih oleh pemain Mesir, apabila pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan pertama Nour El Sherbini menewaskan pemain India, Dipika Pallikal Karthik, 11-5, 11-8, 11-4, sementara Raneem El Welily menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry 13-11, 11-9, 7-11, 9-11, 11-4.

Ia dituruti oleh kemenangan Nouran Gohar ke atas pemain New Zealand, Joelle King 11-8, 11-6, 11-8, untuk menyaksikan penguasaan pemain Mesir di separuh akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$165,000 (RM660,742).

Nour El Tayeb akan berhadapan pemain pilihan ketiga Raneem, sementara Nour El Sherbini akan bertemu Nouran pada separuh akhir, Khamis. – BERNAMA

Tags: Datuk Nicol DavidSkuasy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sanggup Jalan 850 Kilometer Bawa Dendam Kesumat

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Gegar Kepulauan Ryuku

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Gegar Kepulauan Ryuku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd