Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Video Lamar: Hairul Rancang...

KECOH sebentar industri hiburan semalam tatkala melihat tindakan pelakon Misiku Kuza, Hairul Azreen...

3 Idea Ruang Simpanan...

MEMPUNYAI ruang dapur yang kemas dan selesa adalah sesuatu yang sangat penting bagi...

Mozambique & Afrika Benarkan...

BENTONG - Kerajaan Mozambique dan Afrika Selatan bersetuju memberi kebenaran kepada Malaysia untuk...

PKR Terbuka Berbincang Dengan...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian terbuka dalam mengadakan sebarang pertemuan...

Najib Ajak Rakyat Sertai Kempen Bangkitlah Negaraku

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kempen Bangkitlah Negaraku dengan mendaftar sebagai peserta.

Beliau berkata melalui kempen berkenaan, mereka yang berdaftar akan dapat menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan informasi terkini dan jemputan ke acara-acara terpilih bersamanya.

“Tidak kira kaum, bahasa atau agama, kita dijalin melalui cinta kita kepada negara Malaysia.

“Bangkitlah Negaraku adalah mengenai peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membangunkan negara,” katanya menerusi entri terbaharu blog NajibRazak.com malam ini.

Dalam era maklumat digital yang boleh dicapai secara mudah dan cepat, Najib menyeru agar rakyat memainkan peranan dan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.

“Selepas anda mendaftar, anda juga akan menerima barangan eksklusif Bangkitlah Negaraku.


Sertai saya dalam perjalanan ke arah sebuah negara yang lebih hebat, Malaysia yang lebih unggul. Bangkitlah Negaraku!” katanya.

Bagi menyertai kempen berkenaan, mereka yang berminat perlu mendaftar melalui pautan Bangkitlah Negaraku di laman www.NajibRazak.com, di mana setiap pendaftaran akan mendapat sehelai kemeja-T. – BERNAMA

Kategori