• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Tidak Layak Jadi Pemimpin – Johari Baharum

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum menyifatkan tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu mengaku dirinya rakyat Malaysia apabila berada di luar negara menunjukkan beliau tidak mempunyai semangat patriotisme dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Beliau berkata tindakan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas menteri besar Kedah itu juga menunjukkan beliau sebenarnya tidak menghargai nikmat keamanan negara yang susah payah diperjuangkan pemimpin dan generasi terdahulu

“Beliau sebaliknya hanya mementingkan agenda untuk meluaskan kuasa politik. Mukhriz tak faham tentang susah senang kerana dia hidup dalam kemewahan (sebab bapanya dulunya wakil rakyat Kubang Pasu dan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia (Mukhriz) tidak tahu perjuangan sebab itu anak dia semua mengaji (belajar) di luar negara bukan di Malaysia, jadi macam mana nak ada semangat kenegerian (dan kenegaraan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Askar Wataniah (GAW) Zon Utara di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan Mukhriz yang mendakwa malu mengaku dirinya berasal dari Malaysia sewaktu berada di luar negara kerana kononnya negara ini sebagai bermasalah dan mempunyai imej yang teruk.

Mohd Johari yang juga timbalan menteri pertahanan berkata tiada sebabnya untuk seseorang itu malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, sebaliknya patut berasa bangga kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang disegani di mata dunia.

“Saya baru balik daripada menghadiri satu mesyuarat di Bali, Indonesia yang turut dihadiri beberapa pemimpin negara ASEAN lain, mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat malah mereka kagum dengan kebolehan kita tangani masalah terorisme di negara kita.

“Sebab itu terorisme tidak boleh bertapak di negara kita dan anggota (keselamatan) kita cekap tangani masalah ini, di rantau ini kita dapat tangani masalah ini dengan baik, jadi nak kata malu itu memang tak adalah,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai terutamanya golongan muda agar tidak melunturkan semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing.

“Malaysia ini bukan dibangun oleh seorang perdana menteri sahaja, kita jangan lupa peranan Tunku Abdul Rahman Putra (perdana menteri pertama) yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum, peranan Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) yang membasmi kemiskinan melalui Dasar Ekonomi Baru.

“Dr Mahathir ini hanya naik (jadi perdana menteri) ketika negara sudah berada dalam keadaan stabil… iaitu ketika asas-asas sebuah negara sudah dibangunkan oleh perdana menteri terdahulu,” katanya yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Dr Mahathir. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd