• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sedia Jadi Hab Pelajar Dari Negara Bergolak

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menjadi hab yang menawarkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar kurang bernasib baik dari negara-negara bergolak, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata Malaysia mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian berdasarkan pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan tingginya yang menyaksikan penambahbaikan ranking universiti tempatan dalam penarafan tempatan dan juga dunia.

Katanya pelajar terbabit boleh mengakses pendidikan di negara ini dengan datang ke Malaysia ataupun menerusi pengajian dalam talian bergantung pada penajaan yang diperoleh mereka serta akses asas seperti sambungan Internet.

“Sistem pendidikan di Malaysia berbeza kerana purata nilai gred kumulatif bersepadu (ICGPA) kita akan memastikan universiti menghasilkan lulusan yang seimbang dan holistik.

“Menerusi ranking dan pencapaian kita, sudah pasti kita boleh memainkan peranan menyediakan pendidikan inklusif bagi yang kurang bernasib baik dari kawasan seperti Yaman, Palestin, Syria, Lebanon dan Rohingya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), di sini hari ini.

IESCO merupakan badan bukan berasaskan keuntungan bebas yang berpangkalan di Malaysia. Ia bermatlamat menyokong serta membangunkan sektor pendidikan, kebudayaan dan saintifik di dunia Arab dan Islam khususnya di kawasan miskin.

Mengenai persidangan dua hari yang dihadiri oleh 250 peserta dari 35 negara itu, Idris berharap ia dapat mencapai objektifnya untuk membantu dan membuka peluang dalam sektor pendidikan, kebudayaan dan saintifik di negara-negara Arab dan Islam menerusi penajaan dan sumbangan kepada pelajar dari kawasan miskin dan bergolak serta yang berstatus pelarian.

Antara isu yang dibincangkan dalam persidangan itu ialah mengenai cabaran dan realiti pendidikan di zon Konflik di Timur Tengah, masa depan pembangunan sektor pendidikan selain mengkaji kejayaan modul-modul pendidikan antarabangsa.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IESCO Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata pada masa ini pertubuhan tersebut menaja 100 pelajar dari negara bergolak dan berharap untuk menaja 500 lagi pelajar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Setakat hari ini kita ada dana sekitar RM2 juta yang disumbang oleh penyumbang tetap iaitu beberapa pertubuhan di Malaysia,” katanya.

Pada majlis sama, Idris turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara IESCO dan empat institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Islam Gaza.

Kerjasama itu antara lain bertujuan menyediakan sokongan kewangan bagi membantu pelajar dari negara-negara berkonflik, mengadakan program pertukaran pelajar serta menjalankan kajian mengenai pembangunan pendidikan pelajar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd