• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH122 Dilencongkan Ke Alice Springs

oleh Ahmad Albab
20/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Wilayah Utara Australia hari ini selepas menghadapi masalah teknikal pada salah satu daripada enjinnya.

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan malam ini berkata pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada pukul 1.06 tengah hari itu dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs pada pukul 5.48 petang.

“Keselamatan tidak pernah dikompromi dan kapten yang bertugas mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan itu bagi mendapat bantuan teknikal,” katanya.

Menurut kenyataan itu penumpang berkenaan akan berlepas dari Alice Springs ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan MH148 esok (19 Januari).

“Penerbangan itu dijadualkan berlepas dari Alice Springs pada pukul 5.45 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.50 malam pada hari yang sama.

MAB juga berkata syarikat itu berusaha untuk membantu penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya, dengan mendapatkan penerbangan yang ada untuk ke destinasi mereka.

Sementara itu Pengurus Komunikasi Korporat MAB, Adlina Azharuddin ketika dihubungi Bernama berkata kesemua penumpang selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, malah kesemua penumpang sudah diberikan penginapan hotel, makanan dan pengangkutan. – BERNAMA

Tags: MAB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama Dengan MAB

02/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines (MAB) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd