• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mencari Rahsia Di Bawah Lindungan Kaabah

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABBAIKALLAHUMMA LABAIK…..

Sayup terdengar suara mutawif di luar hotel setelah selesai sesi taklimat ibadah umrah kepada kepada jemaah. Ramai yang baru pertama kali memijak Tanah Suci – jadi panduan ini amat bermakna.

Masjidil Haram yang hanya seakan 80 meter jaraknya dari hotel terasa sudah memanggil-manggil kami. Hari menderu dengan rasa ingin menunaikan tawaf sambil melihat Kaabah di depan mata.

Tanah Masjidil haram sentiasa menerima dan menyimpan ratusan juta kesan tapak kaki umat Islam sejak zaman Rasulullah. Malah, 1400 tahun selepas itu, ia menerima jemaah dari seluruh dunia.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel, hati tertanya-tanya: Apakah laman tawaf dipenuhi dengan lautan manusia?

25 jemaah TV AlHijrah serta dipandu mutawif Rayhar Travel mula bergerak dari hotel ke Kaabah. Hati mulai bergetar dan jiwa terasa sedikit sebak.

10 minit melangkah, kami tiba di laluan masuk di Pintu 94, antara laluan masuk ke masjid menuju Kaabah. Pintu laluan jelas terbuka luas. Kami terus masuk dan memulakan tawaf. Masyaallah, Hajarul Aswad saksi permulaan tawaf.

Beruntunglah insan terpilih yang dapat mengucupnya. Deru tapak kami diiringi doa khas bagi setiap pusingan dengan dibimbing mutawif.

Irama lafaz Istilam sambil mengangkat tangan menyentuh hati. Tidak dapat menyekat air mata yang jatuh dari kelopak mata. Baitullah sekali lagi menyaksikan penyesalan hambanya dan memohon agar dihapuskan segala dosa yang pernah dilakukan.

Tawaf yang dilakukan sekitar 8.00 pagi agak selesa dan kusyuk  memandangkan tidak ramai jemaah yang melakukan tawaf pada waktu itu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan ibadah ini.

Tujuh pusingan tawaf selesai tanpa sebarang masalah. Malah, 25 jemaah kumpulan kami tidak berpecah. Walaupun dalam arus putaran tawaf, melihat kepelbagaian manusia dalam lautan arus tawaf, sedikit mengganggu fokus.

Tindakan gopoh-gapah serta langkah kaki jemaaf lain yang agresif hingga terasa kumpulan kami terasak dan tersepit, menjadi ujian sewaktu bertawaf. Namun, hati kekal dengan pegangan: Ini rumah Allah. Tiap kejadian ada hikmahnya.

Di Bawah Lindungan Kaabah

Cuaca indah dengan cahaya matahari pagi yang mulai memancarkan sinarnya di balik awan,  menjadikan kawasan Masjidil Haram agak redup.

Allahuakbar… moga Allah merahmati perjalanan ini. Jiwa terasa tenang dan nyaman ketika bersolat sunat tawaf.

Inilah nikmat saat berada di bawah lindungan Kaabah. Waktu mustajab untuk berdoa.

Seteguh Siti Hajar, Semulia Nabi Ibrahim

Langkah kami diteruskan ke tempat sai, laluan Marwah menuju Bukit Safa. Ibadah sai dengan tujuh perjalan pergi balik pada jarak sekitar 70 meter laluan sehala. Tujuh perjalanan ulang-alik itu mengimbau kembali sejarah siti Hajar yang berlari lari mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

Jika dengan langkah sai ini terasa cukup memenatkan, tidak dapat dibayangkan penat lelah Siti Hajar berlari-lari dengan keadaan cuaca panas dan muka bumi berbukit-bukau pada zaman itu.

Hati segera berdoa: Moga diri memiliki hati seteguh Siti Hajar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mekah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

16/02/2023
0

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke atas Kumpulan Saudi Binladin dan menjatuhkan hukuman...

Jemaah M’sia Mula Tiba Di Makkah

09/06/2022
0

Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, pada hari ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd