Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Wanita Dibunuh Dipercayai Kerana...

KAMPAR - Kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada...

3 Beranak Didakwa Bunuh...

PETALING JAYA - Balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd.,...

Beza 7 Tahun Tidak...

KUALA LUMPUR - Pelakon Sherry Ibrahim tidak melihat jarak usia sebanyak tujuh tahun...

Jackie Chan Dapat ‘Datuk’...

DI SAAT ramai mempersoalkan kewajaran pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) diberikan kepada Jackie Chan pada...

MBMB Ambil Alih Pengurusan Dewan Di Pulau Gadong

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka telah mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk membaiki dan mengambil alih pengurusan Dewan Serbaguna Rumah Awam Pulau Gadong di Klebang di sini demi kepentingan rakyat setempat.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pihaknya menerima banyak aduan dewan itu disewakan untuk aktiviti persendirian dan majlis perkahwinan pada harga tinggi RM800 dan persatuan penduduk yang didakwa penyokong pembangkang disyaki menggunakan wang itu untuk aktiviti politik pembangkang.

““Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima kerana ia membabitkan soal kebajikan penduduk yang sepatutnya mendapat manfaat daripada pembinaan dewan tersebut. Mereka juga didapati tidak menggunakan pendapatan daripada sewaan untuk membaiki kerosakan di dewan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Taman Paya Rumput Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas proses baik pulih dan ambil alih itu selesai, dewan yang dibina sejak empat tahun lepas menerusi peruntukan kerajaan pusat itu akan dibuka semula untuk kegunaan rakyat setempat pada harga lebih berpatutan iaitu RM300.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin berkata MBMB telah memberikan tempoh masa yang mencukupi sehingga 15 Jan lepas kepada persatuan penduduk berkenaan menyerahkan kunci dewan itu tetapi masih belum berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori