Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Utusan Melayu: Ambil Semula...

AMPANG - Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) meminta pengurusan baharu akhbar itu...

Bapa Timbalan Perdana Menteri...

SHAH ALAM - Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud, bapa kepada Timbalan Perdana...

Sarawak Sedia Hadapi Banjir...

KUCHING - Sarawak sudah bersedia menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan banjir, kata Timbalan...

Pekerja Lapangan Terbang Ditampar...

CHINA - Gara-gara terlalu berang dengan peraturan had saiz bagasi, seorang wanita dengan...

Mayat Bayi Ditinggalkan Di Tepi Pagar Masjid

JITRA – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui seorang jemaah di tepi pagar Masjid Pulau Ketam di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd Ismail Ibrahim berkata, mayat yang masih bertali pusat itu ditemui jemaah berusia 60-an ketika pergi ke masjid itu untuk menunaikan solat subuh kira-kira 5.30 pagi.

Katanya, pihak polis menerima panggilan kira-kira 6.30 pagi berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain batik dan dibungkus dengan plastik hitam di pagar masjid berkenaan.

“Berdasarkan percakapan saksi itu, beliau yang membuat pemeriksaan mendapati ada seorang bayi yang sudah tidak bernyawa yang dibungkus dengan kain batik,sebelum beliau menghubungi polis.

“Mayat itu dalam keadaan sudah kembung dan bengkak kerana dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam yang lalu dan perkara itu disahkan oleh pasukan perubatan dari Hospital Jitra,” katanya menerusi kenyataannya di sini, hari ini.


Berikutan itu, mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Saya meminta agar sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini atau ibu bayi berkenaan agar tampil melaporkan kepada kita untuk membantu dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori