• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Boleh Swafoto, Tapi Jangan ‘Over’ Pulak!

oleh
02/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Pentadbir utama bagi hal ehwal urusan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah menggesa jemaah untuk tidak berswafoto keterlaluan semasa berada di masjid tersebut.

Ia dilaporkan akhbar berpengaruh Arab News memetik saranan Penolong Timbalan Perkhidmatan Masjidil Haram, Mashhour Al-Mun’emi yang meminta jemaah untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibadah mereka.

Bagaimanapun bagi yang masih lagi memang berminat untuk merakamkan gambar pula boleh memohon permit secara sah sebagaimana dikenakan ke atas pihak produksi untuk penggambaran drama atau dokumentari TV.

Peringatan tersebut turut menjawab kekeliruan jemaah ekoran kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Arab Saudi bertarkh 12 November lalu menerusi nota diplomatik kepada semua kedutaan asing di sini pada akhir tahun lepas.

Dalam pada itu, profesor syariah Islam, Atiah Al-Youssefi menyatakan bahawa matlamat pengharaman rakam foto adalah untuk tidak buang masa jemaah mencari sudut pandangan yang paling baik untuk gambar mahupun video.

Selama ini ujarnya, perbuataan terbabit dikesan boleh ganggu fokus jemaah lain dalam ibadah mereka terutama pada waktu puncak apatah lagi dengan penggunaan galah peranti gajet dan kilauan cahaya dari telefon pintar.

Ini lebih-lebih lagi apabila kerja penambahbaikan sekitar telaga Zamzam sedang berjalan dan Atiah menegur sikap individu itu tiba-tiba berhenti pada permulaan tawaf yang boleh mengelirukan dan halang pergerakan jemaah lain.

Akram Jan, seorang pengurus kesesakan orang ramai di masjid itu pula mengatakan pergerakan terjejas ekoran pengambilan gambar kerana ada sengaja berhenti untuk swafoto imej diri dengan telefon selular dari pelbagai arah.

Beliau yang berpengalaman luas mendedahkan bahawa dinamika pergerakan amat penting bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Jemaah yang terjatuh boleh menyebabkan rempuhan berbahaya pada aspek keselamatan.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi sudah pun mengedarkan nasikat kepada semua pejabat ibadah itu bagi tingkat kesedaran mengenai kepentingan mematuhi arahan diharamkan pengambilan gambar diri di kedua-dua masjid.

Namun media tempatan melaporkan, jemaah boleh lagi swafoto jika berada di kawasan tertentu yang kurang sesak khususnya di luar waktu puncak selagi aksi mereka itu tidak pula keterlaluan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Ceramah seorang pendakwah Arab Saudi di Indonesia menjelaskan rasional dilarang swafoto di dua masjid suci tersebut…

Tags: Arab SaudiMakkahmasjidil haramSwafoto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd