• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tingkat Keupayaan Hospital Medan Di Cox’s Bazar

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia terus mempertingkatkan keupayaan Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh dengan menambah peralatan perubatan bagi membantu lebih ramai pelarian Rohingya di negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan meninjau keadaan hospital itu bagi mengenal pasti kekurangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Katanya laporan mengenai keadaan hospital itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan sama ada melanjutkan tempoh operasi hospital itu atau sebaliknya.

“Saya berbangga kerana hospital itu telah merawat dan menyelamatkan lebih 3,500 nyawa pesakit.

“Saya percaya dengan sokongan dan gandingan negara lain seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh dapat memperluaskan dan membantu lebih ramai lagi pelarian Rohingya,” katanya pada sidang media selepas majlis pelepasan lawatan khas delegasi Malaysia ke Hospital Medan Malaysia di Bangladesh di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mengetuai misi berkenaan berkata sebanyak 10 tan bekalan perubatan, makanan serta keperluan asas dihantar ke Hospital Medan Malaysia untuk mempertingkatkan lagi keupayaan operasinya.

“Antara aset yang terlibat dihantar di Cox’s Bazar adalah ambulans dan saya berharap kemudahan kenderaan berkenaan berupaya mempermudahkan dan mempercepatkan urusan menghantar pesakit-pesakit pelarian Rohingya di hospital berkenaan.

“Misi saya adalah untuk bawa kesemua peralatan perubatan ini untuk digunakan di Cox’s Bazar. Selain itu, saya juga akan melihat keadaan di sana dan memberi cadangan kepada kerajaan sekiranya perlu untuk memperkemaskan lagi operasi hospital dan bantuan kemanusiaan di sana,” katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata ATM melihat peranannya untuk melindungi orang awam sebagai fungsi teras dalam memastikan keadaan yang aman sentosa.

“Keadaan yang meninggalkan kesan mendalam kepada pelarian Rohingya ini tidak boleh diterima dan kami menyahut seruan perdana menteri bahawa Malaysia harus melakukan yang terbaik memperbaiki keadaan hidup pelarian Rohingya di Cox’s Bazar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinHospital Medan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

07/11/2023
0

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, pada Isnin mengarahkan penubuhan hospital medan di...

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd