• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan UAE Ini Hadiahkan Amah Filipina Sebuah Rumah

oleh
21/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKESIMA… Seorang pembantu rumah warga Filipina seolah-olah masih tidak percaya bahawa majikannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghadiahkan beliau sebuah rumah yang siap dihias.

Malah majikan tersebut, Melissa McPike, mendedahkan kepada agensi berita Al Arabiya apakah sebab beliau bermurah hari dengan memberikan hadiah itu untuk pembantu rumah buat sekian lamanya, Dina Tenerife Celo.

“Keperibadian Dina menyerlah dari hari pertama bekerja. Dia bahkan amat jujur dan rendah diri,” kata wanita tersebut yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) yang sudah puluhan tahun menetap di Abu Dhabi, UAE.

Hadiah tersebut pada awalnya dirancang dalam berbentuk wang tunai 317,495 peso (RM24,658) yang membolehkan Dina untuk dapat membeli sebidang tanah di kampung halamannya sendiri di Camarines Sur, Filipina.

McPike yang telah tinggal di UAE selama 26 tahun mempunyai dua anak lelaki iaitu Saed dan Seif Al Muhairi. Anak sulungnya, Saed, akan menemankan Dina balik ke Filipina untuk menyelia urusan pembinaan rumah tersebut.

Pemuda yang berusia 26 tahun itu bahkan dipetik Al Arabiya juga memastikan Dina untuk bijak dalam merancang dan menggunakan sumber-sumber yang dihadiahkan kepada beliau dengan sepenuhnya.

“Dina amat terharu dan berasa ini pemberian ini terlalu murah hati. Beliau sering mengatakan ‘Jangan, ini terlalu banyak’,” kata McPike malahan sejumlah 207,048 peso (RM16,080) juga disalurkan oleh Saed kepada akaun Dina.

“Ini untuk membiayai pelbagai kos tambahan. Kami tidak mahu dia hanya dapat membina separuh rumah sahaja, kami ingin memberikannya sebuah rumah yang secukupnya dan selesa untuk keluarganya tinggal,” jelas Saed.

“Saya sudah berikan Dina beberapa hadiah sebelum ini, daripada wang tunai ke beg tangan, semuanya diberikan kepada keluarganya. Tetapi kali ini beliau terpaksa menggunakannya untuk dirinya sendiri,” terang McPike pula.

Menurut Dina, impian buat warga Filipina menetap di kampung adalah untuk menghuni sebuah rumah yang diperbuat daripada simen berbanding kelaziman mereka menggunakan papan kerana faktor kekangan kewangan.

Dina diambil sebagai amah ketika Saed dan Seif masing-masing berusia enam dan empat tahun. Meskipun Dina terpaksa berpisah dengan majikannya itu atas syarat tajaan, dia akhirnya setia kembali bekerja dengan keluarga McPike pada tahun 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FilipinaUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd