• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Perbaiki Diri, Neelofa Cadang Buka Pusat Tahfiz

oleh
14/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHU fokus memperbaiki akidah dan akhlaknya sebagai seorang Muslim, siapa sangka wanita semuda ini memasang hasrat untuk menyumbang semula kepada umat Islam yang lain agar kehidupan mereka juga terbela.

Usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang telah menyimpan hasrat untuk membuka pusat pengajian Al-Quran satu hari nanti.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagaimanapun, usahawan berjaya itu terlebih dahulu mahu memeperbaiki dirinya sebelum melaksanakan hasrat yang sudah lama tersimpan itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan baharu, Neelofa, 28, yang popular menerusi drama berantai Suri Hati Mr. Pilot itu mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan tudung Naelofar Hijab serta komitmennya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Walaupun semakin sibuk dengan urusan perniagaan dan jawatan yang baru disandangnya itu, wanita kelahiran negeri Kelantan itu masih akan meneruskan lagi aktiviti seninya.

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi,” ujarnya.

Tambahnya juga, dia turut tidak akan menolak jika ada mana-mana tawaran yang datang agar dapat menambah pengalaman dan mengasah lagi bakatnya sebagai penggiat seni. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: air asiaNeelofatahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd